Tuesday, April 19, 2016

SEKAPUR SIREH BERSAMA GURU BESAR : PUAN HJH NUR'AIN BT HJ ALI



Salam Sejahtera.

Saya bagi pihak barisan pendidik dan staf sokongan, Ahli Jawatankuasa PIBG serta para murid mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah kami.

Kami berharap semoga laman web ini dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutamanya demi bersama-sama mempertingkatkan kemajuan dan kecemerlangan setiap murid sekolah ini dalam arus pendidikan perdana di negara kita.

Pendidikan negara kita sedang mengalami proses transformasi, satu proses berterusan peningkatan kualiti pendidikan ke arah usaha menyediakan dan membekalkan modal insan berkualiti untuk merealisasikan wawasan negara. Sehubungan dengan itu, saya sangat berharap khususnya barisan pendidik sekolah ini dapat memberikan komitmen ke arah visi sekolah iaitu PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA. Justeru itu , kegigihan dan kesungguhan setiap warga sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing amat kritikal dalam pencapaian KRA dan KPI seperti yang digariskan dalam NKRA. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik  sekolah ini berupaya merealisasikan harapan tersebut.Â

Di samping itu, saya juga berharap semoga semua murid dapat mempertingkatkan keazaman dan ketekunan dalam usaha menimba ilmu khususnya untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.

Mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang.

"SALAM MUAFAKAT JOHOR, MURID DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Sekian. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...