TRANSFORMASI
SEKOLAH TS25
Program
Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan
sekolah berkualiti.
Melalui TS25 adalah
diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam
pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan
pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
TS25 adalah satu
usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;
·
Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
·
Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
·
Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
·
Komitmen komuniti yang padu
Latar Belakang dan
Objektif Program Transformasi Sekolah.
Mesyuarat Majlis
Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19
Januari 2015, telah meluluskan cadangan pelaksanaan TS25 KPM. Objektif Program
Transformasi Sekolah antara lain ialah;
·
Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;
·
Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan
berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan
·
Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan
kemenjadian murid.
Matlamat dan Teras TS25
Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM
telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua
sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;
·
Memantapkan kepimpinan sekolah
·
Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti
pembelajaran dan pengajaran
·
Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi
kejayaan murid
Matlamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah
melahirkan modal insan unggul melalui, yang akan dicapai menerusi transformasi
dalam lima teras yang berikut;
·
Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
·
Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
·
Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
·
Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
·
Komitmen komuniti yang padu.
No comments:
Post a Comment